Feed on
Posts
Comments

Raihan - Puji-Pujian

Lagu ulung Raihan yang menggamatkan bumi Malaysia suatu ketika dulu - Pujian-pujian. Masa ni, Cina dan India pun suka nyanyi. Jika mereka nyanyi, kira mereka bersaksikan tiada Tuhan selain Allah juga kan? Apa status mereka sekarang? Berdosa tak kita kerana membiarkan muallaf tidak sengaja seperti mereka itu terus sesat? Adus..

Raihan - Bismillah

Lagu bertajuk “Bismillah” ini adalah salah sebuah lagu yang dimuatkan di dalam Koleksi Nasyid Terbaik Raihan.

Raihan - Syukur

Ini adalah antara lagu nyanyian Raihan yang mengangkat darjat nasyid suatu masa dahulu - menjadikan penggemar nasyid semakin ramai. Alhamdulillah..

Download nasyid Antara Dua Cinta nyanyian Saujana. Ini hanya minus one. Sesuai untuk sesiapa yang mahu melalak sorang2 dalam bilik air. Hehe.

Download.

Wildan - Tangisan rindu

This is another song from Wildan - Tangisan rindu. A very good song for me. A talented group to be. This song is about how missing God can transfer people into the state of His servant fully. I hope I can be like the man in this song.

Download song
Download lyric

Maaf

Saya minta maaf jika berlaku kerosakan kepada lagu2 nasyid yang saya upload menggunakan Ziddu.com. Mulai hari ini, saya akan bertukar kepada MediaFire.com pula. InsyaAllah takde masalah. Kalau ada apa2 masalah dengan mana2 lagu yang saya upload, sila beritahu saya di ruangan komen. Maaf sekali lagi.

Wildan - Di Pusara Bonda

Lagu yang amat menyentuh perasaan ini kalau didengar elok2 boleh menitis air mata tau. Dengar elok2 lepas muat turun. Sementara ibu masih hidup, layan lah mereka seperti raja/ permaisuri. Jika mereka sudah tiada, kita tak akan menyesal. Sila download.

Lirik:

Di Pusara Bonda

Hari yang dilalui kini
Tak seindah semalam
Bintang yang bersinar sudah tiada lagi
Mentari yang terpancar kini semakin suram
Bayangan wajah mu kini tiada lagi

Apa yang harus ditangisi
Penyesalan sudah tiada gunanya
Biar airmata darah ku tumpahkan
Tidak bisa mengubah masa

Kini bonda tiada lagi
Apa yang ada hanya secebis kenangan
Di tabir seribu penyesalan
Kerana belum sempat
Ku menabur budi
Kau pergi menghadap Ilahi

Oh bonda
Ampunilah segala dosa anak mu ini
Bukan sengaja aku mengasari mu
Bukan jua ingin ku sakiti hati mu
Apakan daya diri ini tak terdaya
Menahan gelora yang membara
Akhirnya kau tersiksa sendiri

Bonda
Andainya ku punya waktu
Ingin ku abadikan diri kepada mu
Kerna kasih yang kau curahkan
Belum tentu terbalas
Dengan curahan budi yang ku siramkan

Mestica - Destinasi Cinta

mestica.jpg

Disebabkan Savefile mempunyai masalah, saya akan upload nasyid2 untuk dikongsi bersama menggunakan Ziddu. Lebih mudah dan cepat tapi tiada instant streaming. Huhu. Sori.

Lagu kali ini adalah nyanyian kumpulan yang semakin meningkat naik dan semakin dikenali - Mestica. Dan lagu ini adalah antara lagu mereka yang paling digemari. Kira top lah! Hehe.

Sila Download.

LIRIK

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan kujirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah kuredah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang kutemui
Hanya kecewa menyelubungi

CHORUS

Kugelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat kuberteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..

Sila baca langkah2 untuk download di bawah.

AT10TION: Ini adalah minus one! Sesuai untuk anda melalak sensorang.

Dengar Klik untuk dengar

Copy dan paste link di bawah ke address bar untuk download.

http://dl1u.savefile.com/4d18541bafc85c1d9e758eb4926bb667/Keluarga_Bahagia_Minus_One_-_Saujana.mp3

LIRIK

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan syaang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya
Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

UNIC - Satu Tekad

Sila baca langkah2 untuk download di bawah.

Dengar Klik untuk dengar

Copy dan paste link di bawah ke address bar untuk download.

http://dl1u.savefile.com/10931e3d0c1cdeeb45ec3166f95eb032/satu_tekad_UNIC.mp3

LIRIK

Berikan ku sebaris kata
Untuk kususuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

Beautiful CHORUS!

“Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah”

Older Posts »